Rosmah tidak bimbang dakwaan Raja Petra

Posted on Juli 2, 2008. Filed under: Politik |

 

 

KUALA LUMPUR 1 Julai – Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bimbang dengan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kerana beliau tidak bersalah.

Katanya, beliau telah memberikan keterangan kepada polis sejelas-jelasnya berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkannya dengan kes itu.

Rosmah menegaskan, beliau bukan seorang ahli politik malah tidak bertanding untuk merebut jawatan dalam parti, oleh itu tiada ada yang perlu dirisaukannya.

“Saya hanya isteri kepada seorang ahli politik, tiada apa lagi yang perlu dikatakan kerana saya telah memberikan keterangan kepada polis. Itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penerbitan Buku Kanak-Kanak Asia Pasifik di sini hari ini.

Rosmah ditanya mengenai akuan bersumpah Raja Petra yang difailkan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur baru-baru ini yang antara lain turut mengaitkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Ditanya sama ada beliau akan menyaman Raja Petra kerana membuat fitnah itu, Rosmah berkata, beliau tidak mahu menumpukan pada isu-isu yang tidak perlu.

“Ia tidak penting. Jika (anda) tidak bersalah, kenapa perlu (anda) tumpukan pada semua dakwaan itu… saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu dilakukan demi rakyat dan negara,” ujarnya.

Raja Petra menamakan dua lagi individu yang didakwanya turut dikaitkan dalam kes bunuh itu iaitu Leftenan Kolonel Aziz Buyong, yang beliau katakan sebagai pakar bahan letupan C4, dan isteri Aziz, Norhayati, yang didakwa pegawai pengiring (ADC) Rosmah.

Rosmah menjelaskan, Norhayati bukan ADC beliau.

“Norhayati ialah pegawai yang membantu semua program saya, dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan saya. Beliau telah dinaikkan pangkat dan kembali bertugas di Kementerian Pertahanan,” katanya.

( Sumber : Utusan Malaysia )

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: