Sumpah bertujuan jatuhkan Anwar – Wan Azizah

Posted on Agustus 17, 2008. Filed under: Politik |

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sumpah yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, bekas pembantu peribadi kepada Penasihat PKR itu sengaja menimbulkan perkara itu bagi menghalang hasrat suaminya itu daripada memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

“Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai,” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini hari ini.

Beliau turut mendakwa Mohd. Saiful Bukhari tidak mengetahui tujuan sebenarnya dia bersumpah.

Semalam Mohd. Saiful membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksaan.

Sumber :  Bernama

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Satu Tanggapan to “Sumpah bertujuan jatuhkan Anwar – Wan Azizah”

RSS Feed for FOMAPAK Comments RSS Feed

Politik itu sulit dipercaya.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: