Mugabe larang bantuan makanan di Zimbabwe

Posted on Agustus 22, 2008. Filed under: Politik |

HARARE – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe membatalkan sebarang usaha bantuan makanan daripada agensi kerana ada agensi yang terlibat didakwa berkempen untuk parti pembangkang Pergerakan Perubahan Demokratik.

Di bawah terma memorandum perundingan di antara parti-parti politik larangan itu mungkin ditarik balik, tetapi dengan rundingan perkongsian kuasa masih menemui jalan buntu, parti ZANU-PF dilihat masih berdegil untuk berbuat demikian.

“Kerajaan tahu perkara ini mengarut, kami berusaha di seluruh dunia dan menjauhi politik,” kata seorang pengarah agensi kemanusiaan.

“Daripada laporan yang kami peroleh, ada kanak-kanak yang kini sedang berhadapan dengan masalah zat pemakanan,” kata pengarah itu lagi.

“Kami terlalu mahu memberikan bantuan tetapi sehingga kini Program Makanan Dunia belum lagi dapat menandatangani perjanjian dengan pihak kerajaan, jadi kami tidak dapat berbuat apa-apa.

“Walaupun ada sesetengah pemimpin utama parti kerajaan meminta kami melanggar larangan itu kerana terdapat tekanan daripada pemimpin tradisional untuk mendapatkan bantuan makanan.”

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: