Aceh tegang menjelang pilihan raya

Posted on Februari 26, 2009. Filed under: Politik |

BANDA ACEH 25 Feb. – Pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Martti Ahtisaari hari ini memberi amaran bahawa perdamaian yang belum kukuh di wilayah Aceh mungkin lebur dengan meningkatnya ketegangan menjelang pilihan raya bersejarah pada April ini.

Bekas Presiden Finland tersebut yang membantu merundingkan perjanjian damai Helsinki 2005 bagi menamatkan konflik di Aceh berkata, beberapa elemen penting perjanjian itu masih belum dilaksanakan.

Beliau meminta pemantau asing ditempatkan bagi menyelia pilihan raya Parlimen pada 9 April ini memandangkan keganasan politik dan jenayah yang ditujukan terhadap ahli politik di wilayah ini semakin menjadi-jadi.

“Banyak usaha yang masih perlu dilakukan dalam membangunkan sistem nasional yang melindungi, mengekalkan dan memperbaiki kualiti kehidupan di Aceh,” kata Ahtisaari kepada 200 anggota perwakilan pada penutup persidangan serantau mengenai penyelesaian konflik, di sini malam tadi.

“Banyak cabaran besar yang perlu ditangani bagi mencapai perdamaian berkekalan,” ujar beliau. – AFP

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: