Obama Beri Jaminan Kepada Rakyat AS

Posted on Februari 26, 2009. Filed under: Politik |

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam ucapan pertama dalam satu sesi bersama Kongres memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa beliau akan memimpin negara itu keluar daripada krisis ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

“Ekonomi kita mungkin bertambah lemah dan keyakinan kita goyah.

“Walaupun kita hidup menerusi kesukaran dan ketidakpastian, malam ini saya mahu memberitahu semua rakyat Amerika bahawa kita akan membina semula (ekonomi), kita akan pulih dan AS akan menjadi lebih kukuh berbanding dahulu,” katanya.

Menurut Obama, lebih banyak dana diperlukan untuk menyelamatkan industri perbankan walaupun sebelum ini sebanyak AS$700 bilion (RM2.5 trilion) diperuntukan pada tahun lalu.

Obama mengaku program menyelamat bank-bank itu tidak popular namun beliau bertegas bahawa itu adalah satu-satunya cara untuk menggerakkan kembali aliran kredit terhadap isi rumah dan bisnes.

“Saya memohon Kongres akan menyertai saya dalam melaksanakan apa yang perlu kerana kami tidak boleh membiarkan negara ini terjebak ke kancah kemelesetan,” katanya. – AP

Sumber : AP

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: