Pembangkang sengaja mahu tarik perhatian

Posted on Februari 26, 2009. Filed under: International |

TELUK INTAN 25 Feb. – Dakwaan dua ahli politik pembangkang bahawa mereka pernah ditawarkan sejumlah wang dan beberapa tawaran lain daripada Barisan Nasional (BN) agar keluar parti disifatkan sebagai sengaja mahu ‘menarik perhatian’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembangkang terpaksa menggunakan cara tersebut bagi mengelirukan rakyat disebabkan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar iaitu berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.

“Saya tak tau langsung, boleh jadi depa (mereka) buat cerita. Buat cerita macam-macam ini memang menarik. Jadi, banyak orang dakwa itu, buat andaian itu, tuduhan pun ada juga,. Macam-macam yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kad Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia dan Bantuan Kebajikan Persekutuan di sini hari ini.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat di pejabat SPRM Perak di sini.

Antara lain mereka mendakwa pernah ditawarkan wang berjumlah antara RM3 juta dan RM20 juta selain jawatan tertentu dalam kerajaan negeri.

Sementara itu, mengulas persediaan BN menghadapi tiga pilihan raya kecil iaitu di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, Perdana Menteri berkata, semua jentera telah diarah bersiap sedia.

“Semua kita kena tumpu sebaik-baiknya kerana kita hendak menang. Kita letak calon dalam pilihan raya kecil itu kerana kita mahu dia menang,” katanya.

Ditanya tentang senarai calon, kata Abdullah, beliau belum menerima senarai daripada ketiga-tiga kawasan pilihan raya kecil itu setakat ini.

Mengenai desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) katanya, pihak kementerian masih menimbangkan isu itu.

Sumber : Utusan Malaysia

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: