Usaha tangkap Omar al-Beshir perlu dihenti

Posted on Februari 26, 2009. Filed under: Politik |

TRIPOLI 25 Feb. – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menggesa supaya sebarang prosiding undang-undang antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Omar al-Beshir berhubung konflik di Darfur dihentikan serta-merta.

Gaddafi sebaliknya mendakwa pihak yang patut dipersalahkan kerana memarakkan konflik di Darfur, barat Sudan ialah Israel dan bukannya Omar.

“Tidak ada sesiapa yang akan terkejut apabila kami menyatakan kami menemui bukti kukuh bahawa masalah Darfur dicetuskan oleh kuasa asing,” kata Gaddafi semalam dalam ucapan yang disiarkan oleh stesen televisyen bebas, Al-Libya.

Beliau mendakwa bahawa para pemimpin utama pemberontak telah membuka pejabat di Tel Aviv dan kerap mengadakan pertemuan dengan tentera Israel.

“Jika Tel Aviv yang mendalangi konflik di Darfur, mengapa pula Omar atau kerajaan Sudan perlu dipanggil untuk memberi keterangan,” kata Gaddafi dalam ucapan pada satu persidangan Afrika anjuran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kelmarin mengumumkan bahawa ICC akan membuat keputusan pada minggu depan sama ada hendak mengeluarkan waran tangkap terhadap Omar atas tuduhan jenayah perang dan pembunuhan kaum di Darfur.

“ICC, PBB dan masyarakat antarabangsa perlu mengalihkan perhatian terhadap pihak yang bersalah dalam konflik tersebut, iaitu pihak yang telah memarakkan perbalahan biasa antara kabilah-kabilah kerana berebut unta sehingga menjadi satu krisis antarabangsa,” kata Gaddafi.

Libya pernah memainkan peranan utama dalam usaha untuk merundingkan perjanjian damai antara kerajaan Khartoum dengan pemberontak di Darfur. – AFP

Sumber : AFP

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: