Kondisi Ekonomi Masyarakat

Posted on Maret 4, 2009. Filed under: Uncategorized |

Kesukaran yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, berikutan kenaikan kos sara hidup, memang telah sedia maklum oleh semua pihak.

Pelbagai usaha telah dijalankan sama ada swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan dalam usaha mengurangkan beban golongan berkenaan dalam menghadapi situasi ini.

Malah, usaha mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi golongan tersebut termasuk mangsa bencana dibuat menerusi Jaringan Keselamatan Sosial (JKS), yang telah diperbesar di bawah Bajet 2009.

Masih ramai dalam kalangan kita kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan JKS yang menjadi dasar Bajet 2009 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen ketika ditemubual dalam wawancara oleh Radio24 Bernama berkata, program JKS bertujuan menentukan segenap lapisan masyarakat di negara ini tanpa mengira status ekonomi menjalani kehidupan yang selesa dan mendapat manfaat daripada pembangunan negara.

Katanya, peruntukan bagi program itu pada tahun ini juga telah ditambah sebanyak RM500 juta lagi sekali gus menjadikan jumlah besarnya RM800 juta berbanding hanya RM300 juta bagi tahun 2007 dan tahun lalu.

Beliau berkata, penambahan peruntukan itu akan memberi manfaat kepada 110,000 keluarga miskin di seluruh negara.

“Misalnya, bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada yang menjaga, mereka boleh mendaftar terus dengan kementerian saya bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan.

“Bagi kanak-kanak dari keluarga miskin pula, mereka akan diberikan bantuan RM100 sebulan dan tidak melebihi RM400 sekeluarga,” katanya sambil menambah bahawa bantuan yang diberikan itu merupakan bantuan sara hidup asas.

Dengan adanya program itu nanti, tidak ada lagi sebab mengapa kanak-kanak dari keluarga miskin dinafikan hak mereka untuk bersekolah atau orang miskin yang sakit terbiar tanpa mendapat rawatan.

Penglibatan pelbagai kementerian

Dalam Bajet 2009, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan dengan memberikan penekanan kepada kebajikan rakyat.

Menurut Abdullah, kerajaan bersedia bertindak untuk meringankan beban setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik menerusi JKS.

Ia meliputi perkhidmatan seperti kebajikan, perubatan, faedah pengangguran, pusat perlindungan dan kadangkala subsidi dalam membantu golongan berkenaan menghadapi cabaran inflasi.

Dari segi ekonomi pula, ia bertujuan mengagihkan pendapatan dan sumber kepada golongan masyarakat yang memerlukan serta membantu mengatasi kemiskinan untuk jangka pendek.

Ng juga berkata, program itu dilaksanakan menerusi penglibatan secara langsung oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Keluarga dan masyarakat

Untuk meluaskan JKS bagi kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada RM400 sebulan kepada tahap Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM720 sebulan bagi Semenanjung, RM830 sebulan bagi Sarawak dan RM960 sebulan bagi Sabah.

“Ini bermakna bilangan penerima bantuan meningkat dua kali ganda daripada 54,000 isi rumah kepada 110,000,” kata Abdullah semasa membentangkan Bajet 2009.

Beliau berkata, ini termasuk kenaikan bilangan warga emas yang layak daripada 14,000 kepada 40,000 dan untuk tujuan itu, perbelanjaan tambahan sebanyak RM500 juta diperuntukkan.

Kerajaan, katanya, menyediakan tabung bantuan khas sebanyak RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut, seperti akibat kemalangan dan bencana.

Pertanian

Di bawah JKS ini juga golongan petani dan nelayan diberikan pembelaan di mana sejumlah RM300 juta diperuntukkan.

Sejumlah RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

Bagi meningkatkan kehidupan petani juga, elaun pelaburan semula sebanyak 60 peratus untuk tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

Selain peruntukan sejumlah RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi pengusaha sawah turut disediakan. –

 

Sumber Berita : Bernama – Malaysia

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: