Komandan pemberontak Colombia tewas

Posted on Maret 4, 2009. Filed under: International |

BOGOTA 3 Mac – Tentera Colombia berhasil membunuh komandan pemberontak yang dituduh mengarahkan peras ugut serta pengeboman di seluruh bandar ini termasuk pengeboman kecil di pasar raya Carrefour dan stor Blockbuster.

Menurut pihak berkuasa, Jose de Jesus Guzman atau Gaitan terbunuh dalam pertempuran terbaru antara tentera kerajaan dengan Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) hujung minggu lalu.

Guzman yang telah menganggotai FARC selama 26 tahun, baru-baru ini dipertanggungjawabkan untuk menyusun semula pergerakan itu di bandar dan dia merupakan sekutu kuat kepada komander tertinggi, Mono Jojoy.

Sejak pengambilan anggota tentera dari kalangan petani seramai 17,000 orang, kerajaan telah menguasai sebahagian besar negara itu dan menyebabkan jumlah anggota FARC berkurangan antara 7,000 dengan 10,000 orang.

FARC juga terpaksa lari jauh ke dalam hutan dan kawasan pergunungan bagi mengelak serangan dan bedilan tentera dan pada tahun lalu, FARC telah kehilangan tiga komander kanan mereka.

Sementera itu, jurucakap pihak tentera berkata, 10 orang anggota Guzman iaitu dari unit gerila “Antonia Narino” turut terbunuh dalam pertempuran minggu lalu di wilayah Cundinamarca berhampiran Bogota.

“Orang penting yang mengendalikan penculikan turut berjaya ditahan oleh anggota tentera,” kata jurucakap itu.

Laporan keselamatan terbaru menyatakan, FARC cuba meningkatkan serangan di bandar bagi memberi tekanan kepada kerajaan, di samping membebaskan tebusan untuk mendapatkan semula ruang politik. –

Sumber : Reuters

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: