Pemain kriket Sri Lanka diserang, 8 terbunuh

Posted on Maret 4, 2009. Filed under: International |

LAHORE 3 Mac – Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah bas yang dinaiki oleh pasukan kriket Sri Lanka di bandar raya ini hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan enam anggota pasukan itu cedera.

Ketua Polis Lahore, Habib-ur Rehman berkata, sekurang-kurangnya 12 lelaki yang memakai penutup muka menyerang konvoi bas pasukan itu dekat Stadium Gaddafi dengan roket, bom tangan dan senjata automatik, lalu mencetuskan pertempuran selama 25 minit dengan pasukan keselamatan.

“Mereka dipercayai pengganas yang terlatih,” kata beliau yang menambah, tiada seorang pun daripada mereka yang dapat dibunuh atau ditangkap di tempat kejadian.

Pasukan pertahanan awam mematikan dua bom kereta dan menemui sejumlah senjata berikutan serangan itu.

Seorang pegawai polis berkata, dua penduduk awam dan enam anggota polis yang ditugaskan mengawal pasukan itu terbunuh dalam serangan tersebut.

Kejadian berlaku sewaktu pasukan berkenaan dalam perjalanan untuk permainan hari ketiga pada perlawanan ujian kedua menentang Pakistan.

Siaran televisyen menunjukkan beberapa penyerang menghendap di celah-celah pokok, melutut untuk mengacukan senjata mereka dan kemudian berlari ke arah sasaran lain.

Pegawai Sri Lanka berkata, enam anggota pasukan terdiri daripada lima pemain dan seorang jurulatih cedera dan pasukan itu terus menamatkan lawatannya ke Pakistan.

Penolong jurulatih warga Britain, Paul Farbrace dan batsman handalan, Thilan Samaraweera masih dirawat di hospital tetapi kecederaan yang mereka alami tidak mengancam nyawa, kata Menteri Sukan Sri Lanka, Gamini Lokuge.

Kapten pasukan, Mahela Jayawardene serta Kumar Sangakkara, Tharanga Paranavithana dan Ajantha Mendis hanya cedera ringan, katanya.

Belum ada pihak yang mengaku melancarkan serangan itu tetapi kebimbangan mengenai keganasan oleh puak militan menyebabkan banyak pasukan menangguh atau membatalkan lawatan ke Pakistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. –

Sumber Berita : AFP

Make a Comment

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d blogger menyukai ini: