Archive for Juli, 2007

Soalan tentang wartawan jadi tanda tanya

Posted on Juli 19, 2007. Filed under: Uncategorized |

SHAH ALAM 18 Julai – Apakah tujuan pihak pendakwaan begitu ‘berminat’ untuk mengetahui sama ada wartawan turut berada di kawasan belukar tempat cebisan daging Altantuya Shaariibuuu dijumpai, menimbulkan tanda tanya.

‘Minat’ untuk mengetahui kehadiran media terserlah apabila Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah beria-ia mengajukan soalan mengenai kehadiran wartawan di tempat kejadian antara dua atau tiga kali kepada saksi yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Tun Abdul Majid: “Siapa lagi yang hadir bersama pihak polis. Ada atau tidak orang awam atau pun reporter di situ?”

Pegawai Turus Siasatan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Supritendan Zainol Samah, 42, berkata: “Ada orang lain tetapi saya tidak pasti siapa mereka.”

Tun Abdul Majid: “Kamu kata tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri dan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, Deputi Supritendan Gan Tack Guan dan Asisten Supritendan Tonny Lunggan berada di lokasi. Adakah pemberita turut berada di sana?”

Zainol: “Tidak ada.”

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Sirul bawa polis ke lokasi Altantuya diletupkan

Posted on Juli 19, 2007. Filed under: Uncategorized |

Mohd. Zaki Md. Yasin (bertali leher) melawat tempat di mana Altantuya Shaariibuu dibunuh dan diletupkan pada hari ke-21 perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia itu di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, semalam.


SHAH ALAM 18 Julai – Koperal Sirul Azhar Umar yang membawa polis ke kawasan belukar di atas bukit antara Puncak Alam dan Puncak Perdana telah menunjukkan lokasi wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diletupkan di pinggir sebuah kawasan lapang di situ.

Pegawai Turus Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Supritendan Zainol Samah, 42, ketika menyambung keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, tempat kejadian yang ditunjukkan oleh Sirul Azhar ialah di pinggir kawasan lapang yang terdapat hutan nipis (belukar).

Sirul Azhar menunjukkan lokasi sebenar Altantuya menemui ajalnya kepada Asisten Supritendan, Tonny Lunggan.

“Lebih kurang pukul 7.10 malam, 6 November 2006 Asisten Supritendan Tonny Lunggan telah menghubungi saya melalui telefon bimbit dan mengatakan bahawa mereka telah jumpa tempat kejadian. Kawasan tersebut di lorong kiri dan kanan terdapat hutan muda (belukar),” kata saksi pendakwa ke-19.

Diminta supaya menceritakan dari awal rombongan sampai, menurut Zainol, keadaan sekeliling di kawasan tersebut memang sudah gelap hingga terpaksa menggunakan lampu kenderaan.

Sehubungan itu, beliau telah meminta pemandu kenderaan pacuan empat roda polis supaya turun membawa beliau dan Supritendan Amidon naik ke atas bukit tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid bertanya: “Ke manakah kamu pergi selepas itu?”

Zainol: “Kenderaan menaiki bukit sehingga sampai di suatu kawasan lapang. Kemudian, saya turun dari Pajero tersebut. ASP Tonny telah memberi taklimat kepada saya. Di pinggir kawasan lapang itu, ada hutan nipis (belukar). ASP Tonny membawa dan menunjukkan tempat kejadian di pinggir kawasan lapang.”

Selain Sirul Azhar, polis turut membawa tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri ke lokasi kejadian.

“Tonny menunjukkan kepada kami secara am sahaja. Kami berada di sana lebih kurang 30 minit sebelum bertolak semula ke IPK Kuala Lumpur pukul 8 malam,” ujar beliau.

Dalam soalan lain yang diajukan oleh Tun Abdul Majid, Zainol menjelaskan bahawa sebelum tiba di tempat kejadian, beliau tidak nampak Azilah.

“Bagaimanapun, masa saya sampai, saya lihat Cif Inspektor Koh Kay Chow, ASP Tonny Lunggan dan Azilah sudah berada di situ,” kata saksi.

Terdahulu, sejurus prosiding sesi pagi dimulakan, Tun Abdul Majid memaklumkan kepada mahkamah, memandangkan keterangan saksi-saksi seterusnya berkisar mengenai tempat kejadian, pihak pendakwaan berpendapat adalah wajar mahkamah membuat lawatan.

Ini untuk mendapatkan gambaran sebenar lokasi-lokasi yang disebutkan oleh saksi.

Saksi itu yang disoal balas oleh peguam Hazman Ahmad memberitahu bahawa pada awalnya, hanya Azilah yang ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek kedua yang ditahan ialah Koperal Sirul Azhar dan kemudiannya, penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah (Razak Baginda),” ujar beliau.

Hazman kemudiannya menyoal saksi mengenai tangkapan ke atas Lans Koperal Rohaniza Roslan (bekas teman wanita Azilah), adakah wanita tersebut juga dianggap sebagai suspek.

Menurut Zainol, Rohaniza tidak dianggap sebagai suspek.

Hakim Mohd. Zaki Md. Yasin yang mendengar prosiding masuk hari ke-21 hari ini, bertanya: “Rohaniza bukan suspek?”

Zainol menjelaskan, pada mulanya, Rohaniza ditangkap kerana dia ada bersama Azilah.

Namun setelah siasatan dijalankan, tambah saksi, didapati Rohaniza tidak terlibat.

Mendengar jawapan tersebut, Hazman terus bertanya untuk mendapatkan kepastian sama ada Rohaniza seorang suspek atau sebaliknya ketika dia ditahan reman untuk membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya.

Pada mulanya Rohaniza ditahan sebagai suspek, kata saksi.

Jawapan tersebut membuatkan Hakim Mohd. Zaki pula bertanya kepada Zainol: “Pihak polis boleh menangkap orang sesuka hati kalau bukan sebagai seorang suspek.”

Saksi: “Pada mulanya sebagai suspek.”

Beliau memberitahu bahawa dua lagi suspek iaitu penyiasat persendirian (yang diupah oleh Abdul Razak) K. Balasubramaniam dan pembantunya K. Suraskumar turut ditahan reman atas alasan yang sama.

Zainol dalam jawapan turut menyatakan bahawa sebenarnya Azilah telah pergi ke Balai Polis Brickfields seperti yang diarahkan sebelum dia ditahan pada 1 November 2006.

Saksi itu akan menyambung keterangannya esok.

Prosiding perbicaraan yang dimulakan pada 9.15 pagi hanya didengar selama satu jam sebelum Hakim Mohd. Zaki menangguhkan sidang bagi membolehkan mahkamah membuat lawatan ke tempat kejadian.

Perbicaraan bersambung esok.

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...